Monday, 24 December 2012
Jom Belajar Matematik
Tiada yang mustahil dalam hidup ini, kalau rajin berusaha pasti berjaya. Jangan beranggapan mata pelajaran Matematik satu mata pelajaran yang memeningkan kepala dan membosankan. Matematik adalah mata pelajaran yang cukup menyeronokan dan mudah dipelajari. Kita boleh mempelajari nombordi mana -mana saja walaupun berada di jalan raya. Kita juga belajar membilang objek ketika menghitunh anak tangga
Teknik Belajar Matematik
Ada beberapa perkara yang perlu dipelajari tentang
matematik. Satu, kalau nak pandai matematik, kita kena suka matapelajaran itu. Habis, kalau kita
dah memang tak suka macam mana? Caranya, mula-mula buat-buat macam kita sukakan
matapelajaran tu. Kita macam berlakon sikit yang kita suka subjek tu. Kemudian,
mula buat latihan sedikit demi sedikit. Tak perlu terus mula dengan 100 soalan.
Bukan apa, takut terkejut nanti lepas tu terus makin benci.
Kedua, matematik adalah
latihan dan latihan adalah matematik. Maksud saya, matematik adalah satu subjek
yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. (Ada pelajar
yang belajar matematik dengan hanya
membacanya). Bagi menguasai matematik anda perlu buat latihan. Semakin banyak latihan di buat,
semakin cekap matematik.
Ketiga, matematik adalah
matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu,
anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak
mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih
menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa
kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan. Jadi, cuba kejar masa itu, maksud saya, cuba
latih menjawab dengan secepat mungkin.
Keempat, anda perlu
HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada
pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan
mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir?
Persoalannya ialah,
hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7.
Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira.
Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin
lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang
handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
Akhir sekali, anda perlu
ada azam dan kemahuan untuk jadi hebat dalam subjek matematik. Jika anda kisah
tidak kisah, sukar untuk anda kuasai subjek ini. Insyaallah saya akan kongsikan
lagi di masa akan datang petua-petua untuk menguasai matapelajaran matematik
ini.
Tuesday, 27 November 2012
kuiz matematik
Sunday, 18 November 2012
Tuesday, 23 October 2012
Definisi Matematik
Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Setiap tajuk memerlukan murid berfikir secara kritis untuk mencari jalan penyelesaian. guru perlu memupuk minat pelajar suka akan mata pelajaran matematik.
Matematik didefinisikan sebagai
pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang,
atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah
penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan
simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa
perbualan dan penulisan, dengan kosa kata
dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk
menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Matematik
juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur,
ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya;
Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan
yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan
logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan
pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep
tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran
mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom
dan takrif-takrif yang sesuai.
Monday, 8 October 2012
Salam perkenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Saya akan berkongsi maklumat dengan rakan sekalian. Semoga maklumat yang dikongsi dapat dimanfaatkan Carilah maklumat yang berguna..^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)