Tuesday, 23 October 2012

Definisi Matematik

Matematik  merupakan salah satu mata pelajaran yang menyeronokkan. Setiap tajuk memerlukan murid berfikir secara kritis untuk mencari jalan penyelesaian. guru perlu memupuk minat  pelajar suka akan mata pelajaran matematik.


Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.

Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.

Monday, 8 October 2012

Salam perkenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. Saya akan berkongsi maklumat dengan rakan sekalian. Semoga maklumat yang dikongsi dapat dimanfaatkan Carilah maklumat yang berguna..^_^